Semasa berusia 11 tahun, Syed Mokhtar telah
dijaga oleh pakciknya di Johor Bahru yang mahukan beliau menceburi bidang
ketenteraan tetapi dibantah oleh ibu bapanya. Disebabkan beliau telah
didedahkan kepada suasana alam perniagaan, beliau tidak bersetuju dengan idea
tersebut dan kembali ke Alor Setar.
Sekembali beliau ke kampung, perniagaan
menjual lembu telah semakin pulih dan kehidupan Syed Mokhtar pada lewat tahun
1960 terbahagi dua – bersekolah di St. Michael Institution, di mana beliau
menamatkan pelajarannya di tingkatan lima, dan pada masa yang sama membantu
bapanya menguruskan perniagaan dan bertanggungjawab terhadap soal simpanan
kira-kira dan urusan pengangkutan.
Gandingan bapa dan anak ini mengimport lembu
dari Thailand, Langkawi dan Perlis untuk dijual di pasaran tempatan.
Daripada sebuah perniagaan sendiri ia telah
menjadikan Alor Setar kepada sebuah pusat perdagangan lembu. Walau
bagaimanapun, kegembiraan dan kekayaan keluarga tersebut hanyalah sementara.
Wabak penyakit kaki dan mulut pada tahun
1970 telah membinasakan keseluruhan perniagaan lembu mereka. Kerana kecewa,
bapa beliau telah mengambil keputusan untuk tidak lagi menceburi bidang
perniagaan itu.
Keadaan ini menyebabkan Syed Mokhtar berdepan dengan masa depan yang tidak menentu.
Keadaan ini menyebabkan Syed Mokhtar berdepan dengan masa depan yang tidak menentu.
Bagaimanapun, dalam masa beberapa minggu,
anak muda ini telah bangkit semula. Kegagalan tidak mematahkan semangat Syed
Mokhtar. Beliau menganggap ini semua sebagai halangan sementara yang telah
memberikan beliau pengajaran yang amat bernilai.
Halangan sementara ini telah menjadikan
beliau lebih bersemangat dan lebih bersungguh-sungguh untuk berjaya.
Halangan ini telah memberi pengajaran kepada beliau iaitu jangan bergantung hanya kepada satu sumber perniagaan sahaja.
“Bermula dari situ, beliau semakin
cenderung untuk mempelbagaikan empayar perniagaan,” kata Mohd. Sidik, yang kini
menerajui Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di Johor.
Kekecewaan
ayah beliau telah menjadi titik perubahan yang penting dalam kehidupan Syed
Mokhtar.
No comments:
Post a Comment